Kelayakan Liga Europa:  Ibrahimovic, Calhanoglu cetus inspirasi kemaraan Milan

Shaiful Shamsudin
September 18, 2020 03:54 MYT
SHAMROCK ROVERS 0 MILAN 2
Stefano Pioli gembira melihat Milan mengatasi ranjau di Shamrock Rovers dalam kelayakan Liga Europa, awal pagi tadi.
Rossoneri merupakan pasukan pilihan dalam pertemuan di Ireland itu dan mara dengan kemenangan 2-0 menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic dan Hakan Calhanoglu.
Begitupun, pengurus itu berasakan Rovers merupakan lawan yang sukar, apatah lagi musim Milan baru bermula.
"Saya berpuas hati kerana perlawanan ini bukan mudah," katanya kepada Milan TV.
"Perlawanan rasmi pertama acap kali mengundang kesukaran.
"Saya tahu kami telah membuat persiapan yang baik, tetapi mereka adalah pasukan yang bagus dan mereka lebih bersedia berbanding kami. Ini adalah satu permainan yang positif untuk memperbaiki keadaan kami. Ada lebih banyak perkara baik daripada yang buruk pada malam ini.
"Kami tahu ia boleh jadi satu perlawanan hidup dan mati buat mereka, begitu juga dengan kami. Jika kami gagal layak ke Liga Europa, maka sebahagiannya daripada pencapaian musim lalu akan terbatal.
"Kami beraksi dengan baik dan memenangi permainan ini; ini adalah aksi pertama. Saya seronok dengan prestasi di atas padang. Saya berpuas hati. Kami harus berkembang, bertambah baik, ya, tetapi ini satu perlawanan yang sukar dan kami menanganinya dengan baik."

14 - AC Milan are unbeaten in their last 14 games in all competitions (W10, D4): their longer run since November 2008 (16 games under Carlo Ancelotti). Constancy.#UEFAEuropaLeague #ACMilan #ShamrockMilan

— OptaPaolo (@OptaPaolo) September 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menambah: "Kemenangan adalah matlamat utama dan kami mencapainya, pada pendapat saya, dengan corak permainan yang menarik.
"Kami tidak beruntung daripada segi undian, Shamrock berada di kedudukan pertama, lawan seterusnya (Bodo/Glimt) pasti lebih mantap. Mereka menerajui liga Norway dengan 14 atau 15 mata."
Bodo/Glimt kini mendahului saingan Eliteserien dengan kelebihan 13 mata di depan seteru terdekat, Molde, dan belum tewas setakat 17 perlawanan liga musim ini.
Milan pula belum kalah dalam 14 perlawanan, prestasi terbaik mereka sejak 2008.
"Kami harus mendapatkan prestasi ke tahap berbeza. Tekanan menjurus kepada kami, kami harus bijak dan tahu cara menguruskannya," tambahnya.
#Milan #Zlatan Ibrahimovic #Liga Europa #Shamrock Rovers