Samuel Umtiti meninggalkan kem latihan Perancis, sekali gus terlepas perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Andorra, awal pagi esok, ekoran kecederaan kaki.

Pertahanan pusat Barcelona itu menempuhi beberapa musim yang sukar akibat kecederaan dan hampir pasti akan tersisih lagi akibat masalah tisu di kaki kanannya.

Perancis mengesahkan perkembangan itu sebelum kemenangan 4-1 ke atas Albania semalam, yang menjadi punca dia diketepikan.

Dia akan tidak sempat untuk pulih bagi pertemuan dengan Andorra dan ini bermakna dia akan kembali melaporkan diri ke Barcelona.

Umtiti kehilangan tempatnya dalam kesebelasan skuad Catalan itu berikutan dua siri kecederaan lutut untuk rakan senegaranya, Clement Lenglet, mengambil kesempatan itu dan menjadi gandingan tetap Gerard Pique.

Biarpun Perancis tidak mengesahkan berapa lamakah pemain berusia 25 tahun itu akan diketepikan, khidmatnya mungkin dalam keraguan untuk lawatan Barca ke Valencia, Ahad ini.

Walaupun hampir pasti bukan pilihan utama, namun Umtiti disenaraikan di bangku simpanan dalam tiga perlawanan LaLiga musim ini.