Kelayakan Euro 2020: Switzerland sahkan tempat selepas belasah Gilbraltar

Penulis Jemputan
November 19, 2019 02:46 MYT
GIBRALTAR 1 SWITZERLAND 6
Switzerland menempah tempat dalam Euro 2020 selepas membelasah Gilbraltar 6-1 di Stadium Victoria awal pagi tadi.
Selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Georgia, Sabtu lalu, Switzerland turun ke perlawanan terakhir Kumpulan D itu selaku pendahulu kumpulan dan mempamerkan aksi dominan untuk mengekalkan kedudukan itu.
Cedric Itten, yang muncul penjaring gol kemenangan ketika berdepan Georgia, meletakkan mereka di depan pada minit ke-10 sebelum Ruben Vargas dan Christian Fassnacht melebarkan jurang itu dalam babak kedua.
Tuan rumah merapatkan kedudukan menerusia sentuhan Reece Styche pada minit ke-74 -- gol ketiganya sepanjang kempen kelayakan -- tetapi Switzerland membalasnya dengan gol Loris Benitom, jaringan kedua Itten dan penyudah Granit Xhaka pada lewat permainan.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Vladimir Petkovic berkenaan menamatkan saingan di puncak Kumpulan D dengan 17 mata, satu mata di depan Denmark, yang turut layak ke kejohanan utama selepas mengikat Republik Ireland 1-1 dalam satu lagi perlawanan.