Stefano Sensi akan terlepas perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Greece dan Liechtenstein kerana kecederaan.

Pemain tengah itu tidak dapat memperkuatkan skuad kebangsaanya selepas dikeluarkan dalam babak pertama ketika Inter Milan tewas 1-2 kepada Juventus dalam Serie A, awal pagi semalam.

Sensi tidak disenaraikan oleh ketua jurulatih pasukan itu, Roberto Mancini, dan pemain berusia 24 tahun berkenaan akan kekal di Inter untuk menjalani pemulihan.

Azzurri mengemudi Kumpulan J dalam pusingan kelayakan berkenaan dengan rekod 100 peratus -- enam kemenangan daripada enam perlawanan.

Sensi diturunkan ketika Itali menewaskan Armenia dan Finland bulan lalu

Dia membantu pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Armenia dan menjaringkan gol di peringkat antarabangsa pertamanya ketika menumbangkan Liechtenstein 6-0 Mac lalu.

Bagaimanapun, dia tidak akan terlibat dengan aksi di Liechtenstein, Rabu depan, tiga hari selepas skuad kendalian Mancini itu melayani kunjungan Greece di Stadio Olimpico.