Gambia meraih kemenangan penting 2-1 dalam aksi pusingan kedua sebentar tadi, sekali gus membalas dendam kekalahan di tempat lawan minggu lalu.
Semalam, penyerang Arsenal, Aubameyang, memperincikan situasi mengecewakan itu di Instagram peribadinya sambil menyiarkan video dan gambar yang memaparkan kpada awalnya rakan sepasukannya kelihatan santai ketika mengambil pasport mereka daripada pihak keselamatan.
Tetapi oleh kerana urusan itu memakan masa yang lama,, dia memuat naik rakan sepasukan cuba melelapkan mata di lantai lapangan terbang berkenaan sambil menggunakan barang-barang mereka sebagai bantal.
Selepas tiba pada pukul 11:30 malam waktu tempatan, Aubameyang mulai melahirkan kekecewaannya kerana terpaksa menunggu selama tiga jam dengan menyiarkan video pada pukul 02:31 pagi yang disertakan dengan kapsyen berbunyi: "Masih menunggu untuk memasuki Gambia dan kami akan beraksi pada pukul 4 petang esok. Bagus."
????record pic.twitter.com/ycUGbPa6Cf
— Aubameyang P-E (@Aubameyang7) November 16, 2020
Kemudian ketua pasukan itu memuat naik gambar pasukannya sedang mendengar muzik dan bergurau kerana baginya, situasi itu "tidak akan menggoyahkan kami".
Sebelum pukul 6:00 pagi, barulah Gabon dibenarkan masuk ke negara ini tetapi hanya mempunyai 10 jam persiapan sebelum sepak mula.
"Akhirnya di dalam bas. Terima kasih atas motivasi tambahan, Gambia," tulis Aubameyang.
??? pic.twitter.com/mwezw6si72
— Aubameyang P-E (@Aubameyang7) November 16, 2020
Bagaimanapun, bintang Arsenal itu bertukar nada ketika membidas kejadian tersebut di Twitter.
Bola sepak Afrika telah lama dikritik kerana dianggap kurang tersusun dan Aubameyang menuju kritikannya terhadap CAF.
"Ini tidak akan menjejaskan semangat kami," katanya.
"Tetapi orang perlu tahu terutama CAF yang memikul tanggungjawab ini.
"Ini sudah tahun 2020 dan kami mahu bola sepak Afrika berkembang, bukan seperti ketika kami akan sampai di sini!!!"
Selepas empat perlawanan kelayakan AFCON, Gambia menerajui Kumpulan D sementara Gabon tergelincir di kedudukan kedua tetapi berkongsi tujuh mata.
Ça nous démotivera pas mais ils faut que les gens sachent et surtout que la @CAF_Online prennent ces responsabilité.
— Aubameyang P-E (@Aubameyang7) November 16, 2020
2020 et on veut que l’Afrique grandissent ce n’est pas comme ça qu’on va y arriver!!! https://t.co/7qCeYNaBmJ