Peninju negara, Adli Hafidz, syukur dengan kehadiran anak keduanya sebelum menghadapi Kejohanan UBO Continental di Jakarta, minggu depan.

The Golden Boy berharap kehadiran anak keduanya itu membawa sinar baru buat perjalanan karier tinjunya tatkala golbal masih diselubungi COVID-19.

"Saya sangat teruja, gembira dapat cahaya mata baru ini. Ia mengingatkan saya tentang situasi empat tahu lalu.

"Pada masa itu saya sentiasa tergesa-gesa kerana perlu menjalani latihan, jaga anak tetapi Tuhan memudahkan jalan saya. Jadi saya sudah bersedia untuk perlawanan ini," katanya di Nadi Arena.



View this post on Instagram

A post shared by adli 'goldenboy' hafidz (@adligoldenboyhafidz)



Walaupun terpaksa membuat persiapan secara bersendirian, ia langsung tidak melunturkan semangatnya untuk menghadapi kejohanan antarabangsa.

Adli bakal membuat penampilan di Indonesia pada 21 Ogos ini dalam misi merebut gelaran UBO Continental, secara tidak langsung membuka ruang lebih besar untuk melayakkan diri dalam Kejohanan Dunia.

"Saya rasa (persiapan) kali ini ada sedikit kelainan kerana terpaksa berjauhan dengan jurulatih dan rakan sepelatih. Gimnasium pula tutup jadi saya ambilnya sebagai cabaran.

"Saya akan teruskan juga sebab banyak kejohanan besar pada tahun depan.

"Jadi saya perlu buktikan kemampuan untuk dapatkan tempat."