Liga Perdana Inggeris (EPL) and Liga Bolasepak Inggeris (EFL) bersetuju dengan pakej rangsangan bernilai £250 juta (RM1.3 bilion) untuk membantu kelab-kelab mengatasi cabaran kewangan di sebalik COVID-19.

Pasukan Liga Kejuaraan dakan menerima peruntukan £200j dalam bentuk pinjaman tanpa faedah sementara geran £50j (RM273.5j) pula akan ditawarkan kepada pasukan Liga Satu dan Dua.

Pinjaman kepada divisyen kedua kancah Inggeris itu terhadap kepada £8.33j (RM45.5j) buat sesebuah pasukan yang perlu dijelaskan sebelum Jun 2024.

Pengerusi EFL, Rick Parry, mengalu-alukan jalan penyelesaian itu selepas mereka berbincang panjang lebar.

"Sasaran kami dalam proses ini ialah untuk memastikan kesemua kelab EFL dapat bertahan terhadap kesan kewangan yang berpunca daripada pandemik ini," katanya.

"Saya bangga kami telah dapat mencari jalan penyelesaian buat kelab-kelab bagi memastikan kami dapat terus menawarkan sokongan dalam suasana tidak menentu ketika ini."

Sebilangan kecil penyokong dibenarkan ke stadium bermula minggu ini berikutan perintah berkurung di England digantikan dengan sistem bertingkat.

Begitupun, dengan had kemasukan peminat dan penjarakan fizikal diketengahkan, kelab-kelab dijangka masih sukar menjana pendapatan.