Skuad B19 negara seri tanpa jaringan dengan Thailand dalam aksi pertama Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Thanh Nien di Stadium Binh Duong, Vietnam, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Hassan Sazali Waras memulakan perlawanan dibarisi enam pemain yang membantu pasukan menjuarai Kejohanan AFF B19 di Indonesia bulan lalu.

Thailand ,memiliki peluang di minit ke-18 tetapi percubaan Peranan Buakai dari luar kotak penalti tersasar.

Thailand memiliki satu lagi peluang pada minit ke-22, namun tandukan Thanakrit Nopparat sedikit melepasi palang gol.

Peluang terbaik negara hadir pada minit ke-35 tetapi sayang Khairi Sufian melakukan sentuhan lewat hasil hantaran Nohisham Haikal.

Minit ke-38, Thailand memiliki peluang terbaik, tetapi penjaga gol negara, Syahmi Adib Haikal, bertindak cemerlang.

Bersambung babak kedua, Thailand terus garang, percubaan peranan buakai dari luar kotak penalti diselamatkan Syahmi Adib pada minit ke-50.

Tiada percubaan bahaya mampu dilakukan Malaysia untuk perlawanan tamat seri tanpa jaringan.