Skuad B19 negara terpaksa akur dengan kekalahan di pentas final Kejohanan Thanh Nien kepada Vietnam menerusi penentuan penalti 4-3 di Stadium Binh Duong, Vietnam sebentar tadi.

Malaysia berjaya melangkah ke final selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Myanmar selepas melewati dua perlawanan yang kurang memberangsangkan ketika seri 1-1 dengan Thailand sebelum tewas 2-1 kepada Vietnam.

Skuad kendalian Hassan Sazali Waras bergelut untuk menemui jalan menyesuaikan diri dengan corak permainan ditampilkan Vietnam dan ketinggalan menerusi jaringan Nguyen Van Tu pada minit ke-11.

Di sebalik dominasi permainan yang dipamerkan Vietnam sepanjang perlawanan, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan hasil Azhad Harraz Arman.

Perlawanan diheret ke penentuan penalti dan Malaysia dua kali gagal menyempurnakan percubaan sekali lagi membenarkan Vietnam dinobat sebagai pemenang.