MALAYSIA 2 MYANMAR 0

Skuad B-19 negara melunaskan misi wajib menang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Thanh Nien dengan menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Binh Duong, Vietnam sebentar tadi.

Ia merupakan kemenangan pertama pasukan bimbingan Hassan Sazali Waras itu selepas terikat 1-1 dengan Thailand dan tewas 1-2 kepada Vietnam dalam dua perlawanan pertama.

Dengan mengumpulkan empat mata, pasukan negara mengesahkan tempat ke final selepas Vietnam menewaskan Thailand 1-0 dalam satu lagi perlawanan .

Dalam aksi kali ini, Nazrin Nasir membuka jaringan buat Malaysia seawal minit kelima menerusi sepakan bebas sebelum Ahmad Rozaini Abu Bakar menggandakan kelebihan itu pada minit ke-87.