Skuad B16 negara gagal mengekalkan rekod kemenangan dalam saingan Kejohanan AFF B16 susulan terikat 1-1 dengan Myanmar di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, sebentar tadi.

Skuad kendalian Osmera Omaro tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan selepas Dainei Mat Disa meledak gol pembukaan pada minit kedua.

Bagaimanapun, kelebihan itu dinafikan Kaung Khant Zaw selepas meledak gol penyamaan buat Myanmar pada minit ke-50 dan kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia masih kekal di kedudukan teratas Kumpulan C, berkongsi empat mata bersama Myanmar di tangga kedua.