Kejohanan AFF B-16: Malaysia mulakan kempen dengan kemenangan

Muzaffar Musa
Ogos 3, 2022 08:20 MYT
MALAYSIA 3 KEMBOJA 0
Skuad B-16 negara memulakan kempen Kejohanan AFF B-16 2022 dengan rentak kemenangan selepas menewaskan Kemboja 3-0 di Stadium Maguwoharjo, Sleman malam tadi.
Pasukan bimbingan Osmera Omaro itu membuka jaringan seawal minit keenam menerusi gerakan 'set-piece' yang disempurnakan Arami Wafiy Zakimi.
Farish Danish Asrul kemudian menggandakan jaringan Malaysia pada minit ke-59 selepas bijak melepasi perangkap ofsaid lawan.
Farish Danish kemudian menambah satu lagi gol peribadi pada minit ke-78 menerusi tandukan gemilangnya untuk memastikan kemenangan 3-0 skuad negara.
Malaysia seterusnya akan bertemu Myanmar, yang menewaskan Australia 3-2 dalam satu lagi perlawanan, di venue sama pada Jumaat ini.
#bola sepak #Kejohanan AFF B-16