MALAYSIA 3 KEMBOJA 0

Skuad B-16 negara memulakan kempen Kejohanan AFF B-16 2022 dengan rentak kemenangan selepas menewaskan Kemboja 3-0 di Stadium Maguwoharjo, Sleman malam tadi.

Pasukan bimbingan Osmera Omaro itu membuka jaringan seawal minit keenam menerusi gerakan 'set-piece' yang disempurnakan Arami Wafiy Zakimi.

Farish Danish Asrul kemudian menggandakan jaringan Malaysia pada minit ke-59 selepas bijak melepasi perangkap ofsaid lawan.


Farish Danish kemudian menambah satu lagi gol peribadi pada minit ke-78 menerusi tandukan gemilangnya untuk memastikan kemenangan 3-0 skuad negara.

Malaysia seterusnya akan bertemu Myanmar, yang menewaskan Australia 3-2 dalam satu lagi perlawanan, di venue sama pada Jumaat ini.