Barcelona melakukan kebangkitan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 di Camp Nou dan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu, percaya kejayaan itu akan diingati selama-lamanya.

Anak buah Luis Enrique tewas 4-0 dalam aksi pertama pusingan 16 di Paris dan ramai yang ragu-ragu dengan peluang mereka untuk bangkit dalam aksi kedua kerana tidak pernah lagi ada pasukan yang bolos empat gol bangkit dalam aksi kedua dalam sejarah pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dan Piala Eropah.

Bagaimanapun, Barca berjaya melakukan apa yang mustahil, dengan Neymar berjaya meledak dua gol melepasi minit ke-88, sebelum graduan La Masia, Sergio Roberto, meledak gol magis pada minit ke-95 hasil hantaran pemain Brazil itu.

Bartomeu yakin kejayaan itu akan diingati selama-lamanya.

Tweet 1