Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones, tersisih daripada skuad England bagi menghadapi Jerman ekoran kecederaan.

Jones kembali ke kelabnya selepas ditimpa masalah yang belum dapat ditentukan dalam sesi latihan, semalam.

Masih belum ada pengganti yang akan dipanggil bagi aksi menentang juara dunia itu di Signal Iduna Park, meskipun Gareth Southgate akan menilai pilihan yang ada menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Lithuania.

Ia berikutan pertahanan tengah Chelsea, Gary Cahill, tidak boleh diturunkan kerana akan menjalani penggantungan.

Jones telah diturunkan sebanyak 22 kali dalam semua pertandingan membabitkan United musim ini dengan kecederaan lutut dan kaki menghalang penampilannya.

Masalah kecergasan sering membayangi rentak pemain berusia 25 tahun itu, yang kali terakhir tampil buat kali ke-20 bersama England sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-0 ke atas Perancis pada November 2015.