Perebutan tangga kedua Liga Super musim ini akan ditentukan pada perlawanan terakhir di antara dua pasukan dari utara semenanjung Malaysia, iaitu Penang FC dan Kedah Darul Aman FC.

Setakat ini Kedah dan Penang mempunyai mata yang sama, hanya yang membezakan kedua-dua pasukan ini ialah perbezaan jaringan.

Ini yang menjadikan perebutan kedudukan tangga kedua Liga Super musim ini amat menarik untuk diperhatikan kerana ia ditentukan disaat-saat akhir selain ingin melihat, adakah Kedah dapat mengekalkan kedudukannya pada musim lalu.

Kedah dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila bertemu Melaka United pada perlawanan terakhir kerana Melaka United berada di kedudukan tangga ketujuh liga sementara Kedah beraksi di laman sendiri mereka.

Ini sudah tentu akan memberi keyakinan kepada anak didik Aidil Sharin Sahak untuk memberi aksi terbaik selain memberi motivasi kepada mereka untuk mengulangi pencapaian musim lalu.

Ketajaman bahagian penyudah akan menjadi penentu kejayaan pasukan Kedah pada malam penentuan ini berdasarkan prestasi tiga perlawanan terakhir amat mendukacitakan.

Sementara itu, bagi Penang pula ia dilihat amat sukar untuk mencipta kemenangan walaupun bermain di laman sendiri kerana anak buah Tomas Trucha akan berhadapan dengan Terengganu FC yang juga mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tidak menunjukkan prestasi terbaik dalam tiga perlawanan terakhir.




Ia sudah tentu akan memberi motivasi kepada anak didik Nafuzi Zain itu untuk menutup tirai musim ini dengan kemenangan selain cuba mencari peluang untuk menduduki tangga ketiga.

Sudah tentu Kedah dan Penang tidak mahu melepaskan peluang yang dimiliki dan dengan hanya dengan kemenangan akan dapat menentukan kedudukkan mereka.

Namun, kedua-pasukan ini tidak perlu terlalu ghairah untuk mencari jaringan awal sebaliknya mereka perlu bijak dalam mengawal emosi dan tempo permainan.

Sebaliknya pemain kedua-dua pasukan itu perlu bersabar dan mengikut strategi dan taktikal yang telah diaturkan oleh jurulatih-jurulatih mereka supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang boleh mengundang kekecewaan pasukan mereka.