Benteng simpanan Kedah Darul Aman FC memastikan mereka menang selesa 2-0 ke atas Sabah FC, malam tadi, di sebalik menghadapi krisis kecederaan.

Tuan rumah itu terpaksa merombak barisan benteng susulan kecederaan yang menimpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim selain dua lagi pertahanan, iaitu Syazwan Tajuddin, dan tonggak import, Renan Alves.

Sebaliknya, pintu gol Ifwat yang dikemudi Sharil Saari serta pertahanan muda, Rodney Celvin, tenang mengekang asakan serangan balas Sang Badak.

"Sabah mempunyai penyerang yang bagus seperti Amri (Yahyah) dan Bobby Gonzalez dan ketika berdepan Melaka United, serangan balas mereka cukup ampuh.

"(Mujur) dua pemain tengah kami dapat mengekang serangan balas mereka dan Sharil banyak bersuara di belakang.

"Ia satu persembahan mantap pertahanan kami," katanya dalam sidang media malam tadi.


Rangkuman perlawanan LS2, kemenangan pertama di Stadium Darul Aman musim 2021. Video penuh:...

Posted by Kedah Darul Aman FC on Tuesday, March 9, 2021


Sementara itu, pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, lebih melihat kepada aspek positif di sebalik tumbang kepada Kedah.

"Saya tetap menghargai dengan pemain tempatan yang begitu saya luar biasa walaupun saya agak risau (sebenarnya).

"Memang kami kalah tetapi ada hal positif yang boleh kami ambil daripada perlawanan ini," kata jurulatih kelahiran Indonesia itu.

Dia dijangka dapat mempertaruhkan barisan terbaik apabila keempat-empat baki pemain import mereka akan melaporkan diri untuk menyertai ketua pasukan Liberia, Sam Johnson, menjelang pertemuan dengan PJ City, Sabtu ini.