Mesut Ozil adalah antara empat pemain Arsenal yang sedang dipantau daripada aspek kecergasan menjelang pertemuan liga dengan Fulham, malam ini.

Ozil tidak diturunkan ketika The Gunners dibelasah Liverpool 5-1, kelmarin, ekoran kecederan lutut kiri yang dialaminya.

Dan ketersediaannya untuk diturunkan ketika Arenal bertandang ke laman The Cottagers masih menjadi tanda tanya.

Tahap kecergasan bekas pemain kebangsaan Jerman itu akan dipantau bersama tiga pemain lain, iaitu Shkodran Mustafi, Nacho Monreal (kecederaan paha) dan Hector Bellerin (betis).

Henrikh Mkhitaryan pula dijangka hanya akan dapat diturunkan bulan depan selepas mengalami keretakan metatarsal, bulan lalu.