Pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson, telah mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki ketika aksi persahabatan dengan Athletic Bilbao.

Pemain kebangsaan Scotland itu terhincut-hincut selepas menghalang hantaran silang sebelum digantikan oleh Owen Beck.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp, ujian lanjutan diperlukan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami, menimbulkan keraguan terhadap ketersediaan Robertson untuk perlawanan pembukaan Liverpool musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Norwich City 14 Ogos ini.

Menjelang aksi persahabatan dengan Osasuna, perlawanan pemanas badan terakhir The Reds sebelum musim 2021-22, Robertson mengatakan melalui Twitter bahawa dia telah menjangkakan perlu diketepikan untuk sementara waktu.

"Terima kasih kepada semua orang atas mesej dan sokongan yang baik," katanya. "Imbasan menunjukkan tidak ada yang terlalu besar tetapi ada beberapa kerosakan ligamen yang perlu diperbaiki.

"Saya akan berusaha setiap hari untuk pulih bagi membenarkan saya membantu pasukan secepat mungkin."