Pemain tengah Croatia, Mateo Kovacic, memberikan perkembangan positif mengenai kecederaan bahu yang dialaminya.

Kovacic mengalami kecederaan itu ketika melakar kemenangan ke atas Denmark menerusi penentuan sepakan penalti pusingan kalah mati kelmarin.

Pemain tengah Real Madrid itu terlibat dalam pertembungan tersebut dan melakar kemenangan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan seri 1-1.

Kebimbangan iu menyaksikan Kovacic berkemungkinan besar direhatkan, namun pemain berusia 24 tahun itu mendedahkan bahawa bahunya tidak mengalami sebarang masalah kecederaan.

"Ia tidak terlalu teruk tetapi saya berada dalam keadaan yang baik," kata Kovacic.

Croatia akan berdepan tuan rumah, Russia, dalam suku akhir di Sochi, Sabtu ini.