Jurgen Klopp belum mampu menarik nafas lega sepenuhnya dengan kejayaan menundukkan Newcastle United 2-1, awal pagi tadi, selepas Jerman ketua pasukannya, Jordan Henderson, menjadi korban kecederaan hamstring.

Liverpool sudah pun kehilangan Thiago Alcantara, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita untuk menampung bahagian tengah, sementara Curtis Jones dinamakan di bangku simpanan buat kali pertama musim ini walaupun belum diturunkan sebaik pulih daripada kecederaan.

Pengendali kelab Merseyside itu pernah menyatakan hasrat untuk menandatangani seorang pemain tengah sebelum jendela perpindahan ditutup awal pagi esok, tetapi dia tetap meragui sebarang perpindahan di sebalik Henderson bakal terpinggir.

"Saya tidak fikir begitu," katanya selepas perlawanan.




“Tetapi selagi ada masa kami tidak sepatutnya menutup pintu sepenuhnya.

“Jelas sekali Hendo tercedera, dia dilanda hamstring, ia sama sekali tidak membantu.

"Ia adalah kecederaan yang serius hingga mengakibatnya tidak dapat meneruskan permainan, jadi ia bukan tentang perubahan taktikal (ketika dia digantikan oleh wira kemenangan The Reds, Fabio Carvalho)."