Jurulatih Penang FC, Tomas Truca, terpaksa bersedia dengan kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat Endrick Dos Santos.

Bintang tengah itu dikhabarkan masih belum pulih daripada kecederaan selepas aksi dengan Selangor FC pada 20 Mac lalu.

Kelibat Dos Santos banyak membantu pasukan Harimau Kumbang itu di Stadium MBPJ.

Namun, ia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila pemain itu berhadapan dengan kecederaan walaupun menghabiskan permainan.

Dia masih bergelut dengan kesakitan sepanjang menjalani latihan sepanjang tempoh Liga Super berehat.

Lantas, jurulatih dari Republik Czech berumur 50 tahun itu mungkin hilang khidmat pemain kelahiran Brazil tersebut ketika bertemu Perak FC sambil selesa apabila mereka dilabel sebagai 'underdog' di Stadium Bandaraya, Sabtu ini.

"Endrick memerlukan masa yang lebih panjang untuk sembuh sementara yang lain bersedia (untuk diturunkan), " katanya kepada wakil Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.


HAMPIR 4 JUTA TONTONAN Pendatang baharu Liga Super Malaysia, Penang FC telah memberikan impak besar didalam jumlah...

Posted by Penang Football Club on Thursday, March 25, 2021


Gelaran itulah yang hampir memberi kejutan kepada skuad Gergasih Merah.

Truca juga nampaknya sudah mengulang kaji lebih awal kekuatan bimbingan skuad Chong Yee Fatt itu yang hampir melakar kejutan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Saya idam untuk rekrut setiap pemain Perak ke dalam pasukan saya.

"Barisan 15 pemain mereka semuanya mampu beraksi dengan baik."