Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengharapkan keberkesanan tajaan dalam Liga Malaysia (Liga M) mampu mencerminkan nilai sebenar saingan liga tempatan.

Ia adalah satu jaminan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Liga M mampu mencerminkan tahap sebenar bola sepak negara.

Namun, sehingga ke saat ini, nilai sebenar yang diperoleh oleh pihak penganjur tidak didedahkan.

"Daripada pihak kementerian, kami mahu memastikan bahawa perkembangan bola sepak dapat dilakukan sebaik mungkin. Penajaan tidak seharusnya diletakkan kepada pihak TM sahaja," katanya.

Tidak mahu memburukkan keadaan, Syed Saddiq yakin proses penajaan Liga M berada di tahap terbaik demi kelangsungan penganjuran bola sepak negara.

"Saya berasakan dalam hal ini, saya masih lagi belum berhubung dengan pihak TM dan FAM tetapi saya yakin mereka dapat melakukan tugas yang telus dalam hal ini."

Tajaan untuk Liga M musim ini melewati promosi yang cemerlang, namun masih belum dapat dipastikan sama ada ia jumlah yang lebih baik jika dibandingkan dengan musim lalu.




Editor: Ammar Hakim