Ivan Rakitic menyamakan kebangkitan Barcelona dalam Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dengan kemenangan New England Patriots dalam Super Bowl LI selepas menyaksikan pasukannya melakar sejarah di Camp Nou, awal pagi tadi.

Barca ketinggalan 4-0 selepas aksi pertama pusingan 16 di Perancis, namun kemenangan 6-1 di laman sendiri -- Sergi Roberto meledak gol kemenangan pada minit ke-95 --membawa anak buah Luis Enrique mara ke suku akhir.

Rakitic, yang bergelut untuk mempercayai apa yang berlaku, terkenang kembali kejayaan Patriots ke atas Atlanta Falcons yang sedang ketinggalan 28-3 sebelum kembali bangkit untuk menang 34-28, Februari lalu.

"Tidak, saya tidak boleh percaya apa yang berlaku," dia memberitahu BT Sport. "Mustahil. 15-20 minit terakhir perlawanan cukup gila dan sukar dipercayai.

"Terima kasih kepada rakan sepasukan, dan kepada semua yang memberi sokongan. Ini hari yang istimewa dan sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata.

Tweet 2

"Aksi pertama di Paris memberi kesan kepada kami tetapi reaksi kami malam ini cukup istimewa, Ini adalah sejarah baru. Kami mahu meneruskan cabaran ini.

"Ketinggalan 4-0 cukup sukar tetapi inilah bola sepak. Lihat apa yang berlaku ketika Super Bowl, segalanya tidak mustahil.

"Ini adalah Barcelona, pasukan terbaik di dunia, dan kami mahu meneruskan impian dalam Liga Juara-Juara."