Pengarah sukan Juventus, Federico Cherubini, menegaskan Moise Kean bukan pengganti Cristiano Ronaldo, sebaliknya 'sebahagian dalam perancangan untuk terus menang dengan projek yang berbeza'.

Ronaldo meninggalkan Juve sebelum jendela perpindahan ditutup, bergabung semula dengan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United setelah meminta untuk meninggalkan Turin.

Selepas Ronaldo berhijrah, Juve mendapatkan semula khidmat dari Everton dengan tempoh pinjaman selama dua tahun dengan kewajipan untuk membeli pemain tersebut.

"Ketika Cristiano memberitahu kami dia ingin berhijrah, kami segera memikirkan untuk menjangka masa depan," kata Cherubini.

"Kean bukan pengganti penyerang Portugal, tetapi sebahagian dalam perancangan untuk terus menang dengan projek yang berbeza."


Semasa berada di Allianz Stadium, Ronaldo menjaringkan 101 gol dalam 134 perlawanan di semua perlawanan.

Ronaldo mendahului carta penjaring dengan 29 gol Serie A musim lalu tetapi Juve menduduki tempat keempat dalam kempen pertama Andrea Pirlo selaku ketua jurulatih.

Pirlo dipecat dan Juve mendapatkan semula khidmat Massimiliano Allegri, yang meraih satu mata daripada dua perlawanan pembukaan musim 2021-22.