Loris Karius meninggalkan Liverpool buat sekian kalinya apabila berkelana ke Union Berlin menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim ini.

Penjaga gol itu menamatkan tempoh pinjaman dua musim bersama jaguh Turki, Besiktas, Mei lalu ekoran tidak bersetuju dengan isu gaji.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang bergabung dengan Besiktas pada Ogos 2018 dan diwar-warkan akan kekal secara tetap selepas membuat 67 penampilan dalam semua kejohanan, akhirnya memutuskan untuk pulang ke tanah airnya.
Karius tiba di Anfield dari Mainz 05 empat tahun lalu dan diketengahkan dalam 49 perlawanan oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebelum digugurkan berikutan beberapa kesilapan memalukan termasuk dalam final Liga Juara-Juara (UCL) 2018.

Kontrak Karius di Merseyside bakal berakhir pada Jun tahun depan.