Loris Karius terpaksa menempuhi musim pertama yang sukar di Liverpool tetapi penjaga gol kelahiran Jerman itu mahu terus berjuang mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama The Reds.

Karius dibawa ke England dari Mainz untuk mengambil alih tempat Simon Mignolet yang mempamerkan aksi kurang konsisten. Bagaimanapun, dia menerima nasib yang sama di bawah pimpinan Jurgen Klopp selepas turun dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Klopp mengakui penjaga gol berusia 23 tahun itu sedang bergelut tetapi yakin bahawa Karius akan bangkit untuk membuktikan kebolehannya.

Augsburg telah dikaitkan mahu mendapatkan khidmat Karius tetapi ejennya, Florian Goll, menegaskan dia tidak memiliki sebarang hasrat untuk kembali ke Jerman.

"Karius tidak akan menyertai mana-mana kelab bagi saingan musim hadapan," kata Goll.

"Dia telah menyertai Liverpool untuk jangka masa pendek, dia mempercayai visi pengendali kelab dan dia mahu bersaing bagi mendapatkan tempat untuk beraksi dengan lebih kerap.

"Dia telah memulakan program latihan untuk kekal cergas pada musim panas kerana dia mahu bersedia untuk aksi pada pra-musim."