Harry Kane ada alasan yang kukuh kerana tidak beraksi dalam kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa dalam aksi Piala FA pada Ahad apabila menyambut kelahiran anaknya.

Kane tidak tersenarai dalam kesebelasan utama di White Hart Lane, namun penyerang England itu menjelaskan punca di sebalik ketiadaannya.

Kane memuat naik status di laman Twitter miliknya dengan kapsyen: "Saya dan @KateGoodlandx menyambut kelahiran bayi perempuan kami, Ivy Jane Kane, pada jam 7.30 pagi. Seberat 7.8 paun. Perasaan menakjubkan, sangat bangga!"

Spurs membuka tirai jaringan menerusi Ben Davies sebelum Son Heung-min melengkapkan kemenangan dengan gol kedua.

"Gol tersebut hadir pada saat diperlukan," Davies memberitahu BBC Sport.

"Kami bermula dengan baik tetapi selepas itu, pemain mula melakukan kesilapan. Namun, gol pertama itu membuat kami kembali menguasai perlawanan."