Kane intai peluang tundukkan Poland

Ammar Hakim
Mac 29, 2021 03:00 MYT
Harry Kane menetapkan sasarannya kepada Poland selepas mencipta satu gol dan assist buat Mason Mount dalam kemenangan kelayakan Piala Dunia 2022 2-0 England ke atas Albania.
Kane tanpa jaringan dalam enam perlawanan buat England sebelum membuka jaringan dengan tandukkan dalam separuh masa pertama di Stadium Air Albania di Tirana semalam.
Kapten The Three Lions itu kemudian bertindak sebagai perancang dalam separuh masa kedua, menemui Mount sebelum pemain tengah Chelsea itu menyumbat masuk gol menggatasi penjaga gol, Etrit Berisha.
Kane dan Phil Foden menggegar palang gol dalam persembahan dominan skuad kendalian Gareth Southgate, yang memulakan bidaan untuk layak ke kejohanan tahun depan di Qatar dengan kemenangan ke atas San Marino dan kini Albania.
Ujian yang lebih sukar menanti apabila England bertemu Poland dalam Kumpulan I Rabu ini, tetapi Kane berkata akan memasuki perlawanan tersebut dengan keyakinan yang tinggi.

Solid performance and clean sheet on the road ??? pic.twitter.com/RpttaL2Y9u

— Harry Kane (@HKane) March 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir ia adalah persembahan yang sangat baik, mungkin agak perlahan pada awalnya tetapi kami mengubah formasi kami dan saya rasa ini membantu", kata Kane.
"Kadang-kadang anda mengalami perlawanan sukar ketika segalanya tidak berjalan lancar, itu adalah sebahagian daripada menjadi penyerang. Anda hanya perlu terus fokus dan bagus untuk memperoleh tiga mata.
"Kita perlu terus bekerja keras tetapi kita berada di tempat yang baik. Poland akan menjadi perlawanan paling sukar dalam kumpulan tetapi kami bersedia untuk itu. Sekiranya kita dapat menang, itu meletakkan kita dalam kedudukan yang sangat baik."
Kane kini memperoleh 18 gol dalam 13 perlawanan di peringkat antarabangsa, meledak 11 dan tujuh assist.
#England #Harry Kane #Poland #Albania #Mason Mount #Kelayakan Piala Dunia 2022