Kapten England, Harry Kane, telah mengakui menggunakan khidmat ahli fisioterapi peribadi untuk memastikan dia berada dalam keadaan terbaik menjelang Piala Dunia Qatar dalam masa kurang dari dua bulan.

Harry Kane telah mendedahkan bagaimana ahli fisioterapi Sepanyol peribadi memastikan dia bebas daripada kecederaan dan menjadikannya lebih cergas berbanding sebelum ini.

Kapten England itu akan berharap untuk mengatasi Itali awal pagi esok di San Siro, Milan. Pemain berusia 29 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan musim ini bersama Tottenham dengan enam gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) ketika Spurs bermula dengan cemerlang di bawah kendalian Antonio Conte musim ini.

Tetapi penyerang itu telah menikmati tempoh dua tahun bebas kecederaan sejak mengalami masalah tendon di hamstringnya memerlukan pembedahan pada Januari 2020.

“Saya melakukan pembedahan hamstring pada Januari selepas bertemu Southampton di tempat lawan pada Hari Tahun Baru dan sejak itu saya sebenarnya telah menemui ahli fisio baharu dan kami telah bekerjasama sejak itu, selama hampir tiga tahun sekarang.

“Dia benar-benar hebat untuk saya, kami telah bekerja selama berjam-jam selama tiga tahun, membina hubungan yang sangat baik dan saya berasakan dia benar-benar membantu saya mendapatkan badan saya. Saya telah melihat perubahan dalam badan saya daripada segi pergelangan kaki saya sebelum dan selepas.

“Saya berada juga dapat berasakan perbezaannya. Jadi ia sangat menggembirakan, saya enggan mendedahkan dia kepada umum. Bukan sekarang.

Dia berkata lagi, “Saya menghubungi menerusi seorang kawan, seorang lagi atlet yang saya kenali. Dia merupakan ahli fisio peribadi, tidak terlibat dengan kelab tetapi mereka mengetahui tentang dia. Saya akan menggunakan khidmatnya setiap satu minggu dalam sebulan. Dia tidak tinggal di UK jadi dia datang lebih seminggu sebulan dan tinggal bersama saya.”