Harry Kane diangkat sebagai Lionel Messi Tottenham oleh pengurus, Mauricio Pochettino, di kala penyerang itu membuat persediaan untuk kembali pulih daripada kecederaan.

Pemain kebangsaan England, Kane, dilihat akan kembali daripada kecederaan buku lalu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Watford, malam ini.

Kane kini telah menjaringkan 19 gol dalam saingan liga dan Spurs kini menduduki tangga kedua, ketinggalan tujuh mata kepada pendahulu EPL, Chelsea.

Pochettino percaya pengaruh Kane adalah sama seperti Messi buat Barcelona

"Saya tidak meragui Kane," kata Pochettino. "Dia dalam perjalanan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Kami amat gembira kerana dia sudah bersedia untuk kembali beraksi, dia adalah pemain yang istimewa.

"Kami masih membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya dalam kesebelasan utama ataupun dari bangku simpanan.

"Ketersediaannya melonjakkan semangat pasukan."