Mesut Ozil memohon maaf keada penyokong Arsenal susulan kekalahan 4-0 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Daniel Sturridge, masing-masing melakar jaringan dalam kemenangan di Anfield.

Ozil sekali lagi gagal berfungsi di bahagian tengah dan pemain antarabangsa Jerman itu memohon maaf sebaik Arsenal mengalami kekalahan kedua berturut-turut susulan tewas kepada Stoke City, minggu lalu.

"Salahkan kami, tengking dan kecamlah kam, tetapi saya juga kecewa dengan keputusan hari ini," kata Ozil dalam laman Instagram miliknya.

"Kami mahu mengutip keputusan positif tetapi kami gagal beraksi baik sepanjang 90 minit dan Liverpool sememangnya layak menang.

"Kebiasaannya saya terlalu marah untuk memuat naik sebarang kenyataan di laman sosial, namun saya enggan mendiamkan diri sebelum saya menyertai skuad Jerman.

"Apa pun, saya memohon maaf -- terutama kepada penyokong yang bertandang ke Livierpool untuk menyaksikan perlawanan kami. Tetapi kami akan cuba untuk memperbaiki permainan dalam aksi seterusnya."