Ketua pegawai eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn, memuji permulaan pantas Julian Nagelsmann bersama gergasi Jerman itu berikuatan kemenangan 5-0 ke atas Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara.

Robert Lewandowski menjaringkan dua gol sementara Serge Gnabry, Leroy Sane dan Eric Maxim Choupo-Moting turut menemui sasaran dalam perlawanan Kumpulan E semalam.

Nagelsmann telah menang sembilan daripada 10 perlawanan dalam semua pertandingan sejak menggantikan Hansi Flick -- permulaan terbaik bagi jurulatih Bayern.

Bayern tidak dibolosi dalam lima perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan menghuni tangga teratas Bundesliga dan Kumpulan E, dan bekas penjaga gol, Kahn, memuji keseimbangan pasukan di bawah kendalian Nagelsmann.

"Saya berasakan ia berlaku begitu pantas dan kami mula dapat melihat falsafah permainan bola sepak yang dipegang oleh Nagelsmann ," kata Kahn.

"Kami bolos terlalu banyak gol sejak dua tahun lalu. Kami tidak bertahan secara optimum.

"Kini kami boleh memastikan tidak dibolos sekali lagi, di mana asas kepada kejayaan.

"Kami dapat melihatnya ketika bertemu Barcelona. Kita dapat melihat cara tulisnya [Nagelsmann], kualiti yang dia miliki.

"Dia tahu bagaimana untuk mengajar pemain dan melakukan pertukaran dalam tempoh yang singkat."