Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat keputusan untuk menswastakan pasukan Pantai Timur itu menjadi Kelantan FC, berkuat kuasa 2021.

Sehubungan itu, pemilik baru pasukan Liga Perdana itu tidak perlu menanggung hutang lama ditanggung KAFA yang bernilai RM4.6 juta.

Pensyarah, Prof Dr Wan Kamal Napi, yang merupakan bapa kepada Wan Kuzain hari ini menyatakan minat untuk membeli pegangan saham dalam Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

"Kami sudah membuat ketetapan kepada sesiapa yang ingin mengambil alih Kelantan FC.

"Mereka hanya perlu membuat pelaburan sebanyak RM3 juta dan bayaran royalti sebanyak RM1j kepada KAFA.

"Perkara terperinci akan dibincangkan jika ada pihak yang berminat," kata Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman dalam satu perbualan video bersama Nadi Arena, hari ini.

Posted by Kelantan FA on Friday, March 13, 2020


Dalam masa sama, bagi mengelak pemain menjadi mangsa tunggakan gaji lagi pada masa akan datang, mereka perlu arif tentang hak mereka selaku pekerja dan apa yang patut dilakukan oleh majikan.

"Secara umumnya, jika (kontrak seseorang) pemain bola sepak ataupun badminton itu ada menyatakan gaji spesifik dan tetap, ia mesti dibayar.

"Pemain perlu merujuk kepada PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia), mereka badan yang selayaknya kerana mereka ditubuhkan untuk melindungi pemain.

"Kalau gaji tidak diterima, pemain boleh saman majikan," kata pakar perundangan sukan, Richard Wee.

Selain menyedari hak sebagai pemain, Richard turut menegaskan kebajikan pemain akan sentiasa terbela.