Juventus masih dalam pembikinan, kata Pirlo selepas dikalahkan Barca

Muzaffar Musa
Oktober 29, 2020 01:36 MYT
Andrea Pirlo berkata pasukan bimbingannya, Juventus, masih dalam pembikinan selepas tewas 0-2 kepada Barcelona dalam perlawanan Kumpulan G, Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri awal pagi tadi.
Juara Serie A itu -- yang kekurangan seorang pemain selepas Merih Demiral dibuang padang susulan kad kuning kedua -- ternyata tidak dapat menandingi Barca di mana lawan kendalian Ronald Koeman itu mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Ousmane Dembele dan sepakan penalti lewat permainan Lionel Messi.
Juve gagal mendaftarkan sebarang percubaan tepat tetapi Alvaro Morata melakukan tiga percubaan yang dibatalkan kerana ofsaid.
Pirlo, bagaimanapun, enggan mengkritik pasukannya dan berharap mereka dapat mengambil sesuatu yang positif daipada kekalahan itu.
"Kami sedar ia akan menjadi sukar untuk berdepan pasukan yang bermain dengan baik dan berpengalaman beraksi di tahap ini sedangkan kami masih dalam pembikinan," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Pada akhirnya, ia satu perlawanan yang berguna untuk kami berkembang dan meningkat pada masa akan datang.

FT | ⏱ | Full-time at the Allianz. #JuveBarça #JuveUCL #ForzaJuve pic.twitter.com/PwDkdGqImj

— JuventusFC (@juventusfcen) October 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya harap akan ada ramai pemain kembali selepas ini kerana saya tiada banyak pilihan dan pemain yang saya pilih terpaksa beraksi selama 90 minit sebanyak dua kali seminggu.
"Ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka, terutama apabila mereka masih muda dan tidak berpengalaman," katanya.
#Barcelona #Juventus #Andrea Pirlo #Liga Juara-Juara Eropah