Gergasi Serie A, Juventus dan AC Milan, masing-masing menandatangani Riccardo Orsolini dan Lucas Ocampos pada penghujung jendela perpindahan pemain, hari ini.

Pemain sayap skuad bawah 20 tahun Itali, Orsolini, menandatangi kontrak selama empat setengah tahun dengan juara bertahan itu selepas yuran perpindahan €10 juta (RM47 juta) dipersetujui Ascoli.

Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun itu akan kekal bersama skuad Serie B, Ascoli, secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Juventus sudahpun mengambil pemain pertahanan muda Itali, Mattia Caldara, sebagai rancangan jangka panjang juara lima kali berturut-turut itu.

Sementara itu, perpindahan pemain sayap Marseille, Lucas Ocampos, ke San Siro bersifat pinjaman untuk Milan menampung kehilangan M'Baye Niang yang menyertai Watford.