Juventus pemecatan pengurus, Andrea Pirlo, tatkala nama Massimiliano Allegri disebut-sebut akan kembali ke kelab sebagai penggantinya.

Bekas pemain Itali berusia 42 tahun itu menandatangani perjanjian selama dua tahun untuk mengambil-alih kerusi panas itu daripada Maurizio Sarri untuk mengemudi Bianconeri sejak Ogos lalu, tetapi permulaan karier dalam bidang pengurusan itu gagal memenuhi jangkaan.

Pirlo gagal membimbing Juve untuk merebut gelaran Serie A buat kali ke-10 berturut-turut, lantas terpaksa membayar harga yang mahal selepas hanya semusim.

Mujur, jaguh Serie itu tetap layak ke Liga Juara-Juara (UCL) pada hari terakhir kempen 2020/21 dengan menduduki tempat keempat yang menyaksikan Inter memenangi Scudetto.

Gergasi Turin itu tersingkir dalam UCL musim ini di tangan Porto pada Mac lalu, terkandas di peringkat pusingan 16 menerusi peraturan gol di tempat lawan.