Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta, mengesahkan bahawa Dani Alves akan meninggalkan kelab itu dan terdapat laporan menyatakan pemain kelahiran Brazil itu akan menyertai Manchester City.

City telah dilaporkan semakin hampir untuk menawarkan Alves kontrak selama dua tahun dan Juve mendedahkan bahawa mereka tidak akan menghalang keputusan pemain berusia 34 tahun itu jika berniat untuk berhijrah.

Bekas pertahanan Barcelona itu telah mencetuskan kemarahan penyokong-penyokong juara Itali itu dengan menyatakan bahawa penyerang, Paulo Dybala, perlu berhijrah jika mahu mempertingkatkan mutu permainannya.

Tetapi Marotta menegaskan bahawa tiada sebarang ketegangan berlaku di antara Juve dan Alves, malah kelab mendedahkan sedia menerima keputusan pemain itu jika mahu menyertai The Citizens.

"Tiada masalah yang berlaku, motivasi dalam kalangan pemain merupakan perkara yang paling penting," kata Marotta.

"Alves menyedari bahawa dia mahu mencuba pengalaman yang baru."

"Kami menerima kehendaknya dan mengucapkan semoga maju jaya kepada Alves."

Alves hanya mengharungi satu musim bersama Juventus, dia berjaya meraih kemenangan Serie A dan Coppa Itali tetapi tewas kepada Real Madrid bagi merebut takhta Liga
Juara-Juara (UCL), awal bulan ini.

Dia telah berjaya Barcelona selama lapan musim, menjuarai LaLiga sebanyak enam kali dan melakar tiga kejuaraan UCL.