Juara Ligue 1, Lille, sahkan pelantikan Gourvennec sebagai jurulatih baru

Muzaffar Musa
Julai 6, 2021 06:54 MYT
Lille melantik Jocelyn Gourvennec sebagai ketua jurulatih baru bagi menggantikan Cristoph Galtier, yang membimbing mereka menjuarai Ligue 1 musim 2020-21.
Galtier membimbing Lille merampas kejuaraan Ligue 1 daripada Paris Saint-Germain (PSG) untuk menjulang trofi liga pertama sejak musim 2010-11.
Bagaimanapun, pengendali itu memilih untuk meninggalkan kelab berkenaan bagi menyertai pasukan seteru, Nice.
Lille secara mengejut melantik Gourvennec biarpun jurulatih berusia 49 tahun itu tidak pernah mengendalikan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Guingamp pada Mei 2019.
Sebelum itu, Gourvennec juga pernah menguruskan Bordeaux dari 2016 hingga 2018.
Lille berkata dalam satu kenyataan bahawa pemilihan Gourvennec itu adalah kerana mereka "meminati usaha keras,cita-cita dan obsesinya dengan prestasi, nilai yang dikongsikan bersama LOSC".

? LOSC officially announces the appointment of Jocelyn Gourvennec as head coach. pic.twitter.com/0KTIz3FNyw

— LOSC Lille EN (@LOSC_EN) July 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Lille #Ligue 1 #Jocelyn Gourvennec