Jovic cipta lebih banyak gol dalam tiga perlawanan Serbia berbanding seluruh karier di Madrid

Muzaffar Musa
November 19, 2020 04:30 MYT
Luka Jovic bergelut sejak menyertai Real Madrid tahun lalu tetapi bintang Serbia itu tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menjaringkan gol buat negaranya dalam waktu rehat antarabangsa.
Jovic menyertai Madrid daripada pasukan Bundesliga, Eintracht Frankfurt, dengan perpindahan bernilai €60 juta (RM291 juta) pada 2019 tetapi hanya menjaringkan dua gol daripada 32 penampilannya bersama juara LaLiga itu.
Di sebalik kehilangan rentak sepanjang di ibu negara Sepanyol itu, Jovic kembali menemui sentuhan pemusnahnya ketika mewakili Serbia dalam waktu rehat antarabangsa bulan ini.
Selepas menjadi penjaring tunggal ketika Serbia tewas kepada Scotland dalam playoff Euro 2020 minggu lalu, Jovic menghasilkan dua gol ketika pasukan Balkan itu menewaskan Russia 5-0 dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi tadi.

2 - Luka Jović scored two goals for Serbia ?? in the game against Russia ?? in the UEFA Nations League, as many as he did in 32 matches for Real Madrid in all competitions. Confidence. pic.twitter.com/3sqPTC4NXM

— OptaJose (@OptaJose) November 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan tiga gol daripada tiga penampilannya bersama Serbia, ia bermakna Jovic telah menjaringkan lebih banyak gol buat negaranya berbanding keseluruhan kariernya bersama skuad Los Blancos itu.
Jovic tidak pernah menjaringkan gol sejak melakukannya ketika Madrid menewaskan Osasuna 4-1 dalam LaLiga pada Februari lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu bermula sebanyak dua kali daripada empat perlawanan liga musim 2020-21 dan hanya dapat melakukan satu percubaan tepat -- dengan ketepatan 16.7 peratus -- dan masih tercari-cari jaringan pertamanya dalam kempen kali ini.
Dalam Liga Juara-Juara Eropah pula, dia hanya diturunkan sekali dan hanya merekodkan satu percubaan tepat buat skuad kendalian Zinedine Zidane itu.
#Real Madrid #Serbia #LaLiga #Luka Jovic #Liga Negara-Negara Eropah