Josue, Brendan sambut baik penganjuran aksi antarabangsa di Terengganu

Ammar Hakim
April 19, 2023 14:21 MYT
Aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon dan Yaman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu mendapat reaksi positif daripada pemain kebangsaan.
Pemain naturalisasi, Paulo Josue menyifatkan perlawanan di Pantai Timur itu adalah satu perkara yang baru dan akan memberikan kelainan.

Kuala Terengganu venue Malaysia bertemu Kepulauan Solomon, Yamanhttps://t.co/pMJcvLUFXq

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kebangsaan yang sudah biasa bermain di Stadium Bukit Jalil sebelumnya pasti mahukan suasana berbeza selain menyesuaikan diri di pelbagai tempat menjelang Piala Asia 2023.
"Saya berasakan ia sesuatu yang menarik. Ia memberikan penyokong di Terengganu turun ke stadium menyokong skuad kebangsaan. Menghadirkan pengalaman menyaksikan aksi skuad kebangsaan di sana dan berharap keputusan positif diperoleh di sana," kata Josue.
Dalam masa sama, kapten pasukan Selangor, Brendan Gan, turut berkata fasiliti dan kondisi padang di Terengganu merupakan salah satu yang terbaik di negara ini, selain tidak anggap ia satu beban buat pemain yang akan menerima panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan kedua.
"Terengganu memiliki gelanggang yang cukup baik. Namun siapa yang bakal dipanggil beraksi, mereka perlu menghadirkan permainan terbaik dan mendapatkan keputusan positif," kata Brendan.