Pemain tengah Pahang, Joseph Kalang Tie, tidak rela membiarkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta jaringan di Stadium Darulmakmur ketika Pahang memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kedua-dua pasukan berdepan dalam saingan Piala FA malam ini.

Joseph tidak mahu JDT pulang dengan memiliki kelebihan dalam aksi kedua di Stadium Larkin nanti.

Justeru, jaringan awal permainan amat penting untuk Pahang malam ini, bagi membangkitkan lagi semangat untuk menafikan kelebihan buat JDT.

"Jaringan awal itu kami akan cuba sedaya-upaya dan untuk diri saya, semestinya kami mahu memberikan yang terbaik dan memburu jaringan," ujarnya.

Joseph,mengakui kesukaran yang bakal di hadapi Pahang adalah menembusi dua pertahanan JDT yang ampuh.

S. Kunanlan dan Marcos Antonio diibaratkan sebagai benteng yang perlu dileburkan terlebih dahulu sebelum mencari ruang memastikan jaringan di gawang lawan.

"Kunanlan, dia tiada jantung, sementara Marcos merupakan pertahanan berpengalaman tetapi itu bukan halangan untuk tidak memburu gol, kami akan mencuba sedaya-upaya," tambahnya.