Jorginho percaya dia mungkin mampu memenangi Ballon d’Or selepas menjuarai Euro 2020 bersama Itali.

Bintang Chelsea itu turut menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama kelab sementara berjaya bergelar juara Euro 2020 ketika mewakili Itali.

Jorginho bakal bersaing dengan Lionel Messi, yang baru sahaja memenangi Copa America bersama Argentina, dan Cristiano Ronaldo untuk merebut Ballon d’Or.

Tetapi pemain berusia 29 tahun itu berkata tiada pemain memiliki musim yang berbanding dirinya.

"Kita semua memiliki impian," kata Jorginho.

"Jika bercakap mengenai bakat, saya mengetahui saya bukanlah yang terbaik dunia.

"Tetapi jika ia diukur menerusi gelaran, tiada pemain yang memenangi lebih besar daripada apa yang raih."

"Bagaimana saya mahu bandingkan kemampuan saya kepada Messi, Neymar atau Cristiano Ronaldo? Mereka adalah pemain berbeza berbanding saya."