Jorginho bermimpi untuk memenangi Piala Dunia bersama Itali sambil merendahkan potensi buat dirinya memenangi Ballon d'Or.

Pemain tengah Chelsea itu menikmati kejayaan bersama kelab dan negara selepas memenangi Liga Juara-Juara (UCL) bersama skuad kendalian Thomas Tuchel dan Euro 2020 bersama itali, menjadi pemain ke-10 yang mencapai kejuaraan berganda itu pada tahun yang sama.

Persembahannya sepanjang kedua-dua pertandingan itu menyaksika dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki UEFA Ogos lalu selepas tiga senarai pendek bagi anugerah itu terdiri secara eksklusif daripada pemain tengah buat kali pertama dalam 11 tahun.

Dengan Piala Dunia 2022 di Qatar dalam sasarannya, Jorginho menyifatkan memenangi kejohanan itu sebagai cita-cita sepanjang hayatnya sambil tidak pasti siapa yang akan merangkul Ballon d'Or.

"Saya tidak tahu secara jujurnya. Jika anda tidak bermimpi lagi, anda boleh berhenti bermain bola sepak," kata Jorginho berkata kepada Sky Sport Italia.

"mpian saya adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya. Kemudian saya mengimpikan Piala Dunia, kanak-kanak mana yang tidak pernah mengimpikannya?

"Saya tidak pernah membayangkan saya akan sampai sejauh ini, tetapi saya bermimpi dan semua yang saya lakukan adalah untuk mengejar impian saya, kini saya menjalaninya dan saya bangga.

"Saya gembira untuk memberikan kebanggaan keluarga saya. Dan satu lagi impian boleh menjadi kenyataan pada musim sejuk 2022."