Jorginho telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik UEFA untuk musim 2020-21 berikutan tahun terbaik untuk kelab dan negara.

Pemain berusia 29 tahun itu membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Mei lalu dan menyusulnya kejayaan memenangi Euro 2020 bersama Itali enam minggu kemudian.

Dia turun dalam setiap perlawanan untuk Itali dan ketinggalan hanya satu perlawanan untuk the Blues ketika mereka menuju kejayaan bagi saingan benua Eropah itu ketika dia menjadi pemain ke-10 yang memenangi kedua-dua pertandingan pada tahun yang sama.


Bekas pemain tengah Napoli, Jorginho, mengetepikan rakan sepasukan Chelsea, N'Golo Kante dan perancang Manchester City, Kevin De Bruyne, untuk meraih anugerah tersebut dalam majlis yang dianjurkan di Istanbul.

Ini adalah pertama kalinya dalam sejarah 11 tahun anugerah itu bahawa tiga teratas terdiri daripada pemain tengah.

Lionel Messi, Robert Lewandowski, Kylian Mbappe, Cristiano Ronaldo dan Erling Haaland merupakan antara yang tidak tersenarai sebagai tiga terbaik.

Anugerah itu, berdasarkan prestasi di peringkat kelab dan antarabangsa selama satu musim, tahun lalu dimenangi oleh Lewandowski.