NAPOLI 1 VERONA 1

Napoli umum bakal berpisah dengan pengurus, Gennaro Gattuso, selepas kelab itu sah kehilangan tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.


Berikutan keputusan seri 1-1 dengan Hellas Verona di Stadio Diego Armando Maradona, awal pagi tadi, untuk mereka menduduki tempat kelima Serie A, presiden kelab itu, Aurelio De Laurentiis, mengesahkan khidmat Gattuso tidak disambung.

Napoli melangkah ke aksi hujung minggu di kedudukan keempat tetapi tergelincir kepada Juventus yang cemerlang 4-1 di Bologna pada hari terakhir.

Gattuso, yang kontraknya akan berakhir pada akhir bulan depan, telah dikaitkan dengan Fiorentina selain beberapa seteru Itali yang lain.

"Rino yang dihormati, saya gembira telah menghabiskan hampir dua musim dengan anda," ciap De Laurentiis.

"Terima kasih atas usaha anda, saya doakan anda berjaya ke mana sahaja anda pergi. Pelukan untuk isteri dan anak-anak anda jua."




Napoli mendahului Verona menerusi Amir Rrahmani pada minit ke-60 -- gol ke-50 liga tuan rumah musim ini -- tetapi Marco Faraoni memastikan mereka berkongsi mata.

Ia menandakan pengakhiran buat bekas pemain tengah Itali itu yang mengambil alih jwatan tersebut pada Disember 2019 berikutan pemecatan Carlo Ancelotti.

Dia sempat memimpin Napoli untuk meraih kejuaraan Coppa Italia selain meraih tempat ketujuh Serie A musim lalu.

Napoli terkandas secara mengejut di peringkat 32 Liga Europa kepada Granada sementara kegagalan layak ke UCL pada musim depan mendorong kontraknya tidak diperbaharui.

Gattuso memenangi 46 dari 81 perlawanannya sebagai pengurus Napoli dengan 56.8 peratus kemenangan -- lebih baik daripada Rafael Benitez (52.7) dan Ancelotti (52.1) tetapi lebih buruk daripada Ottavio Bianchi (56.9) dan Maurizio Sarri (66.2).