Diego Simeone memuji persembahan sempurna daripada Joao Felix selepas dua jaringannya membantu Atletico Madrid menang 3-2 ke atas Salzburg dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Skuad kendalian Simeone bangkit dengan bergaya sejak kekalahan 4-0 kepada Bayern Munich untuk meraih mata pertama dalam saingan Kumpulan A.

Mereka melakukannya dengan cemerlang berkat persembahan hebat daripada Joao Felix, yang menjadikan kedudukan 2-2 dalam separuh masa kedua sebelum memastikan tiga mata diraih ketika perlawanan berbaki lima minit.

Dua jaringannya terhasil daripada tujuh percubaan -- empat lebih berbanding mana-mana pemain Atleti -- sepanjang perlawanan.

Simeone gembira dengan persembahannya dan yakin dia akan terus menyinar buat Atleti.

"Sekiranya dia terus menunjukkan komitmen, kepantasan, dan membuat keputusan seperti apa yang dilakukan hari ini maka dia akan terus berkembang," katanya.
"Kami berharap dapat terus membantunya kerana dengan kehadiran Joao Felix, pasukan akan beraksi dengan lebih kompetitif. Ia merupakan persembahan yang palng sempurna dipamerkannya, tetapi dia telah bermain dengan cemerlang sebelum ini."