Jimenez sudah 'sedar dan bernafas'

Ammar Hakim
November 29, 2020 23:03 MYT
Penyerang Wolverhampton Wanderes, Raul Jimenez, 'telah sedar dan bernafas' di hospital susulan kecederaan kepala yang dialami ketika pasukan mereka kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Jimenez bertembung dengan pertahanan tengah Arsenal, David Luiz, di Stadium Emirates, dan terpaksa meninggalkan padang selepas menerima rawatan pegawai perubatan dan menggunakan alat pernafasan.
Ketika dipindahkan ke hospital, Wolves berjaya mengatasi tuan rumah, dengan jaringan disumbang oleh Pedro Neto dan Daniel Podence bagi melonjakkan pasukan ke tangga keenam.
"Ketika ia berlaku, anda sudah mengetahuinya," kapten pasukan, Conor Coady, memberitahu Sky Sports, apabila ditanya mengenai kecederaan dialami Jimenez selepas insiden tersebut.
"Saya berharap David Luiz juga tidak mengalami kecederaan yang serius, ia merupakan sesuatu yang mengerikan. Anda tidak mahu melihat perkara itu dalam bola sepak.

Raul's head injury is being assessed with a scan at a London hospital. We will continue to update with more information as soon as we have it. pic.twitter.com/y2lowSYUxD

— Wolves (@Wolves) November 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Buat masa ini, dia berada di hospital dan telah sedarkan diri serta bernafas. Saya tidak tahu dengan lebih lanjut.
"Raul merupakan pemain yang penting dalam pasukan dan ia merupakan satu pertembungan yang besar."