Jimenez pacu kebangkitan Mexico benam Korea Selatan

Muzaffar Musa
November 15, 2020 03:51 MYT
Mexico bangkit daripada ketinggalan dalam babak pertama dengan menghasilkan tiga gol dalam tempoh empat minit untuk menewaskan kemenangan 3-2 ke atas Korea Selatan menerusi satu perlawanan persahabatan di Austria awal pagi tadi.
Hwang Ui-jo membuka jaringan awal menerusi sepakan volinya hasil hantaran lintang Son Heung-min buat Korea Selatan, yang hanya mempunyai 19 pemain untuk disenaraikan berikutan kes COVID-19 dalam skuad kendalian Paulo Bento itu.
Mexico menghasilkan 12 percubaan dalam babak pertama tetapi kekecewaan itu ditamatkan mereka dengan tiga jaringan yang dihasilkan kemudian untuk mengesahkan kemenangan di Stadion Wiener Neustadt itu
Raul Jimenez melakukan penyudah rendah untuk mengikat kedudukan sebelum Korea Selatan dikejutkan lagi dalam tempoh seminit apabila Uriel Antuna menyudahkan lorongan seorang lagi pemain gantian, Orbelin Pineda.
Selepas itu, giliran Carlos Salcedo menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-70 menerusi jaringan gemilangnya dan walaupun Kwon Kyung-won merapatkan jurang pada lewat permainan, ia masih tidak dapat menyekat kemenangan Mexico.
Skuad kendalian Gerardo Martino itu seterusnya akan menentang Jepun pada Selasa ini manakala Korea Selatan pula bertemu Qatar di Austria.

#MEXKOR | Fulltime in ?? and we take the W with a great comeback!!! ????? ⚽️ @Raul_Jimenez9 ⚽️ @AntunaUriel ⚽️ @Csalcedojr #PasiónyOrgullo | #FMFporNuestroFútbol pic.twitter.com/YeIUVWmFfG

— Mexican National Team (@miseleccionmxEN) November 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mexico #Korea Selatan #Persahabatan Antarabangsa