Gary Neville percaya akan sangat sukar untuk menggantikan Georginio Wijnaldum dan telah memberi amaran kepada Liverpool bahawa kehadirannya akan sangat dirindui musim depan.

Pemain antarabangsa Belanda itu meninggalkan Anfield pada akhir kontraknya, setelah lima musim menjadi tonggak utama pasukan Jurgen Klopp.


Wijnaldum diumumkan sebagai pemain Paris Saint-Germain awal minggu ini setelah bersetuju dengan kontrak tiga tahun untuk bersama gergasi Ligue 1 itu.


Klopp berkemungkinan akan berada di pasaran untuk mendapatkan pemain baru, tetapi Neville telah meramalkan terbukti sangat sukar untuk mencari pemain dengan kualiti yang sama.

“Wira yang tidak didendang. Ramai yang bercakap mengenai pemain berstatuts legenda di Liverpool dan dia jarang disebut,” katanya kepada ITV Sport.

"Saya berasa dia akan dirindui musim depan, sangat sukar untuk menggantikannya di Liverpool.

"Dia adalah salah seorang pemain yang melancarkan setiap pergerakan. Anda tidak memandangnya dan menganggap dia melakukan sesuatu yang sangat baik, tetapi saya akan membayangkan rakan sepasukannya sangat menghormatinya kerana dia merangkumi banyak ruang sepanjang beraksi.

"Dia melakukan sesuatu hanya untuk rakan sepasukan, dia pemain yang tidak mementingkan diri sendiri dan dia pemain penting untuk pasukan Belanda dalam saingan Euro 2020 kali ini."

Sumber: The Mirror